Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya gugur ke tanah jua. Tupai yang gugur bukannya dari Anfield tapi dari London, FC Moscow London. Oleh kerana ketamakan dan ingin memburu anak ayam tambatan orang, Chelski telah terjerat dalam permainan sendiri. Kes yang membabitkan Gael Kakuta, pemain muda berbakat RC Lens telah menjadi perhatian pihak perundangan FIFA. Kakuta telah membatalkan kontrak beliau pada 2007 untuk bersama Chelsea. Dan dengan kuasa yang ada FIFA telah memberikan hukuman yang wajar untuk kelab mewah ini dengan menyekat sebarang aktiviti pembelian pemain sehingga 2011. Jika hanya didenda, semua pasti tahu yang duit tiada masalah bagi mereka.
Mungkin ramai yang terlupa yang Chelsea telah terlepas kes sebelum ini yang membabitkan bekas pemain Arsenal, Cashley Cole. Dengan membayar denda sekitar 300,000 pounds, mereka telah berjaya mendapatkan pemain pertahanan antarabangsa England itu. Bagi mereka wang denda tersebut tidak seberapa. Inilah taktik mereka yang dipelopori oleh Peter Kenyon, Ketua Eksekutif Chelsea dan juga mantan ketua Eksekutif Man U. Budaya yang dibawa beliau ketika di Man U diteruskan dimana sahaja beliau berada. Dan budaya mendapatkan pemain tanpa kebenaran ini terus menjadi identiti kelab tersebut.
Man U juga sekarang mungkin sudah kecut telur. Le Harve telah memfailkan laporan terhadap Man U berhubung kes bekas pemain remaja mereka Paul Pogba. Le Harve menuduh yang Pogba telah diberikan bayaran suapaya memilih untuk bersama Man U. Manakala pihak Man U pula berdalih yang mereka telah menandatangani kapten bawah 16 tahun Perancis itu ketika pemain itu sudah tiada kontrak dengan Le Hrave. Mustahil Le Harve tidak meyambung kontrak pemain harapan mereka itu yang telah dipantau oleh sekalian kelab besar di seantero Eropah. Ini merupakan rompakan pemain muda yang menggunakan taktik kotor bagi menidakkan pasukan lain untuk persaingan mendapatkan pemain itu.
Budaya sebegini akan membunuh kelab kecil yang rata-rata tidak mempunyai kewangan yang kukuh. Pemain-pemain muda mereka telah pergi ke kelab elit tanpa memberikan mereka bayaran setimpal. Dan Liverpool Fc juga harus tidak terjebak dalam permainan kotor sebegini. Alangkah baiknya menaikkan pemain muda tempatan sekitar Merseyside dari mencari nahas merampas pemain muda kelab lain. Kes Ziege sepatutnya tidak berulang lagi buat kelab kita.
No comments:
Post a Comment