Sep 30, 2009

Longlai Di Fiorentina.

Seawal pagi tadi kita telah dikejutkan dengan kekalahan 2-0 kepada Fiorentina. Saya tidak menyalahkan Rafa dan pemain-pemain. Rafa belum pernah bertembung dengan sebarang skuad yang dibimbing oleh Cesar Prandelli. Malah Liverpool sendiri sudah lama tidak bermain dengan pasukan Serie A ini. Apa yang saya dapat lihat dari percaturan kedua-duanya, Cesar lebih bersedia dari Rafa.

Setiap kelemahan taktikal Rafa, seakan berada dalam kocek beliau. Takkala Rafa menguatkan bahagian tengah, beliau telah bermain dengan dua pemain sayap yang pantas, Marcionni dan Vargas. Muttu lebih berpengalaman dan Jovetic yang muda bertenaga merupakan gandingan yang serasi. Walaupun kedua-dua gol Jovetic tidaklah sehebat mana,namun pengajaran perlu diambil oleh pertahanan kita yang kerap kali bermain perangkap offside.

Fungsi pemain tengah bertahan yang diambil-alih oleh Aurelio di bantu Lucas tidak setanding dengan adanya Mascherano. Kerap-kali pemain tengah Fiorentina membuli beliau. Permainan pertahanan Fiore yang agresif serta tidak beri peluang kepada lawan masuk kekawasan mereka. Ini membuatkan kuartet serangan kita begitu tumpul padahal baru beberapa hari meratah Skuad Harimau.

Tetapi jangan lupa aksi Besiktas musim terdahulu, mereka makan kita sebiji kita makan balik 8 biji. Saya yakin pasukan kita akan bangkit dimulai perlawanan Chelsea hujung minggu ini.

Sep 29, 2009

Gerrard Bocor Rahsia Benitez

Kapten Liverpool, Steven Gerrard percaya bahawa Rafa Benitez  bekerja dengan cara yang berlainan  daripada pengurus yang lain, setelah meyatakan bagaimana beliau berjaya menyesuaikan diri dengan cara pengurus itu bekerja.Pemain antarbangsa itu telah menjadi inspirasi peminat diatas padang selama 5 tahun bersama Rafa, malahan telah menjadi antara yang terhebat didunia. Tetapi Gerrard mengaku bahawa sukar untuk menyesuaikan diri dengan corak latihan Rafa, namun akhirnya mengerti yang semangat didikasi pengurus itu adalah kunci kejayaan. Selama 5 tahun bekerja dengan Rafa, kapten pasukan Liverpool itu masih perlu melakukan yang terbaik untuk memuaskan hati pengurusnya setiap kali beliau beraksi.

Pengurus hebat selalunya sebegitu. Mereka bekerja dengan teknik sangat berbeza dan Gerrard merasa bertuah kerana bekerja dengan dua terbaik iaitu Rafa dan juga Capello. Ianya dirasakan apabila dapat lihat apa yang Rafa lakukan sehingga seremeh-remeh perkara. Inilah menujukkan bagaimana tekunnya pengurus itu dalam pekerjaan. Apabila Rafa menyatakan sesuatu perkara pasti orang akan bertanya, apakah Rafa tidak punyai kehidupan luar. Ini kerana perkara remeh yang selalu beliau titik beratkan membuatkan beliau berbeza.

Gerrard mengaku bahwa pernah suatu ketika ketika beliau rasa beliau bermain dengan cemerlang dan malah menjaringkan gol ketika menang 2-1.  Ketika Gerrard masuk kebilik persalinan beliau bergembira dan meraikan kemenangan itu dan merasakan beliau telah melakukan yang terhebat. Namun kedatangan Rafa dan mula memberikan penerangan tentang balingan keluar, ketika itu segalanya berubah. Rafa menyatakan bahawa Gerrard telah bermain agak lambat untuk mengejar pemain. Malah Rafa berkata yang beliau boleh menunjukkan Gerard dimana silapnya.

Pernah suatu ketika apabila Gerrard merasakan beliau bermain dalam 10 perlawanan dengan baik sekali , Rafa akan menayangkan DVD perlawanan beliau yang terdahulu dan telah memperincikan antara persembahan baik dan buruk beliau. Gerrard seakan tidak percaya padahal beliau sangkakan permainan beliau tiada cacat celanya. Namun setelah melihat ulang-tayang persembahan beliau ternyata terdapat sedikit kesilapan dalam keseluruhan perlawanan samada tidak berada dalam posisi yang betul, lambat mengejar lawan atau tidak menjaga pemain lawan ketika sepakan bebas. Kalau begitu mendalam ulangkaji Rafa untuk menilai seseorang pemain beliau, macamana dengan berpuluh-puluh pemain lain. Bila masa nak tidur jika bekerja sedemikian rupa.

Gerrard juga sampai terfkir adakah Rafa telah melihat hingga 150 perlawanan beliau terdahulu. Ini kerana cara Rafa seakan beliau terlalu mendesak membuat pemain beliau terfikir sebegitu. Gerrard menegaskan ketika Rafa mula sampai, beliau selalu mengulang, ”kaki kiri, kaki kiri” atau apabila bila cuba membuat sepakan beliau akan berkata ”sepak tepat” padahal pemain itu memang sedaya upaya melakukan yang terbaik. Sebagai pemain yang sudah matang, Gerrard merasakan jika kebolehan kaki kiri beliau sudah tidak kemana lagi, tetapi selang beberapa minggu apabila beliau menjaringkan gol dengan kaki kiri, Rafa datang dengan tersenyum malah berkata ”gol nasib jer kan”. Akhirnya Gerrard baru mengerti cara Rafa yang tegas sebenarnya membantu meningkatkan keupayaan beliau. Dan sebagai pemain beliau harus mengerti dan bekerja keras bersama Rafa untuk menjadi pemain hebat.

Sep 28, 2009

Insua dan Argentina

Maradona telah memanggil bek muda kita Emiliano Insua buat kali pertama untuk mewakili skuad senior Argentina. Dengan persembahan konsisten beliau musim ini, Insua mungkin bakal diturunkan dalam kempen kelayakan Piala Dunia bulan depan. Berita ini sungguh membanggakan kita kerana ternayata pemain ini bakal memperolehi pengalaman berharga bersama skuad utama.

        Berkaitan sedikit dengan pasukan Argentina ini, saya rasa ketiadaan perancang tengah seperti Roman Requilme dan Pablo Aimar amat dirasai. Kalau dilihat corak permainan mereka, amat kucar kacir. Tiada pemain yang kreatif seperti era 90an dulu. Cambiasso, Veron dan Mascherano merupakan pilihan Maradona untuk mengemudi pasukan tengah tetapi kesemua mereka bermain dengan corak bertahan.

        Cuma yang positifnya, Maradona telah memanggil kembali Aimar yang kini bermain bersama Benfica. Kehebatan beliau ketika dibawah tunjukajar Rafa di Valencia pastinya masih segar diingati. Malah Rafa hampir-hampir mebawa beliau ke Anfield sedikit masa lalu, tetapi kecederaan beliau telah membuatkan pengurusan Liverpool menolak cadangan Rafa itu. Dan sekarang setelah kembali pulih dari kecederaan, prestasi beliau hampir ketahap terbaik bersama Benfica.

        Walaupun bukan peminat Argentina, namun saya berharap pasukan ini layak ke pusingan akhir Piala Dunia di Afrika Selatan. Pasukan Argentina dianggap penyeri majlis. Kalau tiada mereka macam tiada sambal ketika makan tengah hari.

Sep 27, 2009

Torres julang Liverpool



Seperti yang dijangka, Liverpool mudah menjinakkan Skuad Harimau dengan keputusan 6-1. Gol pertama Torres seawal minit ke 12 boleh dikatakan amat mudah dengan merembat dari sebelah kiri dengan kaki kiri. Gol kedua pula kita boleh saksikan beliau ibarat berlatih menggelecek kon, kerana hampir 4 orang pemain termasuk penjaga gawang digentel dan melakukan penyudah dengan kaki kiri. Gol hattrik beliau beliau boleh dikatakan hampir sama dengan kedua-dua gol tadi kerana dijaringkan dengan kaki kiri juga. Torres dikeluarkan sesudah gol ketika mungkin memberikan ruang untuk bek Hull bernafas.


Gol keempat Liverpool sebenarnya bukan disengajakan oleh kapten Gerrard. Beliau mengakui yang beliau sekadar mahu melakukan hantaran lambung sahaja. Dah memang rezeki, buat macamana pun nak masuk ia masuk juga. gol ini mungkin bakal dinobatkan gol terbaik minggu ini. Gol kelima oleh Babel aadalah hasil usaha beliau sendiri. Dia membuat larian dari tengah dan melakukan hantaran kepada Kuyt dan menerima kembali hantaran pada posisi cantik tanpa dapat dihalang oleh Bek Hull. Dan terakhir sekali rembatan kencang Riera tertampan kaki Babel untuk gol terakhir malam tadi.


Liverpool telah memecahkan rekod kelab semenjak seabad lalu, paling terakhir musim 1895-96, kali ini dengan pencapaian 22 gol dari 7 perlawanan. Dari pasukan bertaktik bertahan, Liverpool telah menjadi pembuli gol musim ini. Apa yang jelas kemasukan pemain baru seperti Johnson serta pembabitan pendatang baru dari simpanan iaitu, Insua telah banyak merubah corak serangan musim ini. Walaupun begitu gandingan Kuyt , Riera dan Benayoun yang merupakan eksperimen terbaru Rafa memang menjadi. Malah ketiadaan Mascherano tidak menjadi masalah buat Rafa untuk menggandingkan Gerrard dan Lucas kerana tiada tentangan hebat ditengah padang.


Masa depan kedua-dua pengurus pasukan amat berbeza. Rafa boleh kembali mendabik dada. Hanya 3 mata dipisahkan oleh pendahulu bersama Chelsea dan Man U boleh dikatakan kembali membawa pasukan kita merapatkan jurang persaingan untuk kejuaraan Liga Perdana. Pengurus Hull pula, Phill Brown hanya boleh berdoa agar peluang untuk meneruskan khidmat beliau di KC Stadium masih panjang.

Sentuhan Aquaman bakal dinantikan.


Menurut sumber Alberto Aquilani telah menjalani latihan ringan baru-baru ini. Menurut pemeriksaan awal, peminat bakal melihat kelibat pemain antarabangsa Itali ini beraksi menetang Sunderland, Oktober ini. Berita ini amat ditunggu-tunggu oleh semua peminat Liverpool yang tidak sabar-sabar melihat pemain yang dikatakan bakal menggegarkan Liga Perdana.

Secara tak langsung dengan pulihnya ”Aquaman”, umpama pepatah melastik dua ekor burung dengan seketol batu. Kemasukan Aquilani bakal membuatkan pemain yang kurang digemari peminat iaitu Lucas Leiva bakal kembali memanaskan bangku simpanan. Dan saya yakin juga Mascherano juga terpaksa berpecah peluh bersaing dengan Lucas untuk posisi tengah.

Lagi satu, kemasukan Aquilani bakal meletakkan Kapten Gerrard ke posisi terbaik beliau iaitu penyerang kedua. Malah dengan kata lain kita ingin tengok Gerrard bermain dengan lebih disiplin diposisi serangan seperti seperti musim lalu. Jika aquilani boleh mendominasi posisi tengah, maka Torres dan Gerrard pasti mendapat menafaat. Dengan gandingan Mascherano-Lucas terasa sangat tiada idea kreatif untuk menjana serangan.

Dan pastinya apa yang saya tunggu ialah bukan corak permainan beliau tetapi sentuhan gol. Pemain ini mempunyai kebolehan yang setara dengan Gerrard iaitu teknik tendangan dan selalu melakukan percubaan merbahaya dari luar kawasan penalti. Sememangnya Rafa telah mencari penambahbaikan dlam setiap pembelian beliau bermula dari Glen Johnson –Arbeloa, Kargiakos-Hyypia dan Alonso-Aquilani.

Sep 26, 2009

Belanjawan Rafa akan dihadkan.

Liverpool boss Rafa Benitez is facing a £20 million spending cap for the next five years, it has been revealed.

The Independent says Benitez's struggle to keep pace with the Premier League elite is revealed in documents which suggest Liverpool's net summer spending will be locked at £20m until 2014 – a figure which will also include wage increases accruing from contract renewals.

The figures, which suggest the manager must continue to sell before he can buy, are contained in a prospectus published in March by investment banks Rothschild and Merrill Lynch to attract potential investors in the club.

The section of the Rothschild/Merrill Lynch document relating to "player transfer payments" states: "Management believes that the normalised long-run level of new net player capital expenditure is £20m." The accompanying data suggests "long run" means the next five years. This figure "will grow together with increases in media broadcasting revenues," the bankers promise. Though revenues from British broadcasters are expected to drop, overseas rights should grow before 2014.

Menurut sumber Bank Rothschild dan Merrill Lynch, Rafa Benitez akan hanya dibekalkan dengan dana maksimum £20m sepanjang musim akan datang. Maka dengan ini terjawablah misteri kemana menghilangnya dana dari hasil penjualan Alonso dan pemain lain. Dengan kemasukan Glen Johnson ,Aquilani dan Kargiakos, maka tiada lagi wang lebihan yang kononnya bakal digunakan untuk mendapatkan pemain bertaraf bintang sebelum pintu perpindahan ditutup.

Secara umumnya, setelah diberi kemudahan pembiayaan semula hutang, pemilik kelab terpaksa mengikuti panduan kewangan yang ketat oleh pihak bank dalam pembelian pemain. Tidak silap saya, belanjawan itu juga termasuk dalam bab pembaharuan kontrak pemain sedia ada. Oleh sebab itulah bajet untuk pembelian pemain seakan tidak seimbang sebelum ini, padahal perkara sebenar adalah rumit untuk dihebahkan.

Namun pihak bank telah memberikan jaminan jumlah dana tersebut tidak kekal pada had sedia ada. Jika terdapat sumber kewangan lain seperti peningkatan hak penyiaran ataupun yang terbaru hak penajaan jersi, mungkin jumlah dana tersebut akan dinaikkan tetapi akan dinilai terlebih dahulu oleh bank. Perkara ini pernah berlaku kepada Arsenal kerana pinjaman untuk membina Stadium Emirates.

 

 

Sep 25, 2009

Skuad Rimau bertandang ke Anfield



Tiada lagi yang istimewa Skuad Harimau, Hull City pada musim ini. Mereka bergelut dengan persembahan longlai 4 perlawanan terdahulu tanpa sebarang kemenangan, dan hanya mengumpulkan 4 mata dari 6 perlawanan. Rentak mereka sudah dapat dibaca lawan. Malahan pengurus mereka, Phill Brown semacam sudah tiada idea untuk meningkatkan prestasi anak buah beliau seperti musim lalu.

Tiada kejutan seperti awal musim lalu. Boaz Myhill tidak sekebal dahulu diposisi gawang. Gandingan Zayatte-Turner telah digantikan dengan Zayatte-Sonko. Ketiadaan Turner jelas menunjukkan Hull begitu bergantung kepada pemain pertahanan yang pernah dikaitkan dengan Liverpool awal musim ini. Geovanni pula tidaklah sehebat dulu. Kurang sangat impak beliau dalam bentuk jaringan dan persembahan beliau seakan lesu. Penyerang pula usah cerita, tiada seorang yang boleh diharap.

Cuma dalam keadaan pasukan yang agak longlai, ada seorang pemain yang bakal menjadi tumpuan dalam skuad Hull. Saya bukan bermaksud Jimmy Bullard, tetapi pemain tersebut adalah Stephen Hunt. Siapa yang tak kenal bekas pemain Reading ini. Ingat lagi peristiwa kita dilaukkan 3-0 oleh Reading dua musim lalu. Jika ingat pasti kita tidak lupakan kelibat pemain bertubuh kecil ini yang sangat licik dan lincah. Saya rasa beliau perlu diawasi sebaik mungkin oleh pemain tengah kita.

Dan saya dapat menghidu yang Hull akan mempergunakan sistem pertahanan zon yang longgar musim ini. Dan mereka telah bersiap-sedia mendapatkan sepakan percuma dikawasan berbahaya dan menggunakan kesempatan itu untuk melakukan kejutan di Anfield. Cuma dengan cara itulah pasukan bawahan dapat sekurang-kurangnya mencari gol kerana pasukan kita belum bolos dari permainan terbuka.

Adakah pasukan kita terlalu menyerang?

Satu ungkapan yang menjadi paradigma pasukan kita musim ini adalah ”Adakah pasukan kita terlalu menyerang?”. Mungkin terlalu awal untuk membuat kesimpulan, tetapi semenjak tranformasi taktikal Rafa dipenghujung musim lalu, 17 perlawanan kita harungi dengan 50 gol. Dengan pukul rata 3 gol setiap perlawanan ini merupakan sesuatu yang mengujakan.

Ini mungkin amat menakjubkan bagi semua yang beranggapan Rafa merupakan pengurus yang terlalu menitikberatkan konsep bertahan. Bermain dengan dua pemain tengah bertahan dalam formasi 4-5-1 atau 4-4-1-1 , ramai tidak percaya kita dapat merobek kubu lawan dengan formasi ala bertahan itu. Inilah sentuhan unik Rafa, seorang pengurus yang mempunyai kepakaran taktikal untuk mengolah sistem mengikut kesesuaian pemain dan lawan.

Apa yang saya nampak, sentuhan barisan depan yang diketuai Torres dan Gerrard masih sebisa musim lalu. Dengan dibantu Kuyt dan Benayoun serta Johnson, kebarangkalian untuk menjadi pasukan yang mengungguli jaringan terbanyak seperti musim lalu amat cerah. Dan yang pasti menarik adalah apabila Aqualani pulih, nescaya beliau akan turut menyumbangkan impak serangan buat kita.

Saya berharap keadaan ini berterusan kerana terdapat satu ungkapan dalam bolasepak iaitu, ” Cara terbaik untuk bertahan ialah menyerang”. Jika lawan terpaksa bertahan dan berhati-hati menyerang kerana diasak bertubi-tubi, maka pemain pertahanan boleh bermain agak kedepan dan membantu serangan bila diperlukan. Tetapi harus diingat pertahanan tidak harus alpa seperti yang berlaku awal musim ini. Jika berterusan tiada guna gol banyak jika kesudahannya bolos membuatkan kita seri atau tewas.

Spearing, Aset Masa Depan


Apa pendapat anda mengenai persembahan Jay Spearing sepanjang 90/+ minit menentang Leeds United. Adakah berpuas hati dengan persembahan sulung beliau musim ini. Banyak pujian yang diberikan oleh peminat, namun banyak lagi aspek yang beliau pelajari untuk meningkatkan persembahan beliau. Berikut antara aspek yang perlu dititikberatkan oleh pemain serta barisan kejurulatihan.

1. Fizikal – Memang ketinggian beliau bukanlah satu kelebihan sebagai pemain tengah, namun beliau harus mencotohi Sammy Lee, dan menjadikan beliau idola. Sammy Lee merupakan pemain tengah yang lincah serta agresif ketika era kegemilangan beliau. Jesteru itu Jay harus meningkatkan keupayaan fizikal supaya tidak dibuli oleh pemain tengah pasukan lawan.

2. Hantaran – Jay perlu belajar cara untuk melakukan hantaran dengan pantas untuk membuka ruang untuk penyerang yang berada dalam posisi terbaik untuk menjaringkan gol. Dan juga Jay perlu belajar teknik hantaran jauh ala Alonso, kerana Jay lebih gemar melakukan hantaran pendek, walaupun terdapat opsyen dan kedudukan pemain sayap yang bersedia untuk menerima hantaran walaupun agak jauh sedikit.

3. Bentesan – Sebagai pemain tengah beliau perlu belajar mengasak pemain tengah lawan untuk merampas bola dan juga memberikan tekanan untuk mereka dari membawa bola kekawasan kita. Namun bukan setiap masa bentesan perlu dilakukan, Cuma dalam situasi berbahaya sahaja beliau perlu bertindak. Dalam hal ini Mascherano boleh menjadi model beliau.

4. Percubaan gol – Untuk menjadi pemain tengah hebat seperti Gerrard, Jay perlu mengasah bakat dan mempraktikkan latihan sepakan. Jika beliau mampu memberikan sumbangan melalui jaringan maka tidak mustahil pengganti Gerrard akan muncul dari kalangan Scouser.

5. Mentaliti – Bakat sahaja tidak mencukupi jika tidak disertakan dengan pembangunan minda. Jika beliau ingin berjaya selain dengan bakat yang ada, kesungguhan dan keyakinan perlu ada dalam diri. Dengan pakej modal insan yang terbaik, beliau akan menjadi hebat bukan dari segi permainan cantik tetapi juga bersih.

Sep 24, 2009

Torres hargai sokongan

dicedok dari

FERNANDO Torres kini bahagia di Merseyside, menegaskan bahawa golongan kelas pekerja yang melatari kehidupan di Liverpool menjadi antara punca dia terasa bagaikan berada di rumah sendiri.

"Penduduk di sini sungguh baik dan bersopan santun, mereka begitu menghormati pemain biarpun berada di luar padang," katanya kepada The Liverpool Echo.

"Itulah perkara yang penting bagi saya. Di Sepanyol, sukar bagi saya untuk ke restoran atau berjalan bersama rakan di jalanan.

"Kini saya boleh melakukan semua itu dan pergi ke taman, membawa anjing saya bersiar-siar dan keluar makan malam. Ia bandar yang dipenuhi golongan kelas pekerja dan saya sukakannya kerana saya dilahirkan dalam kelas golongan pekerja di Sepanyol.

"Mereka bekerja sepanjang minggu dan mereka ke padang setiap minggu untuk menyaksikan pasukan mereka. Pada hari Isnin, mereka bekerja bersungguh-sungguh dan kembali menyaksikan pasukan pada hujung minggu.

"Melihat nama saya terpampang pada kemeja mereka adalah sesuatu yang cukup istimewa. Saya faham jika mereka menyarung kemeja dengan nama Stevie G atau Carra kerana mereka dari Liverpool, tapi memakai jersi yang ada nama saya satu penghormatan.

"Saya datang ke sini dua tahun lalu sebagai pemain asing tapi mereka menyukai saya seperti Stevie (Gerrard) atau Carra (Jamie Carragher). Ia sesuatu yang menakjubkan dan kerana itu saya berterima kasih terhadap mereka."


Torres juga percaya tidak lama lagi Liverpool akan menjulang satu lagi kejuaraan dan gelaran Liga Perdana Inggeris tidak jauh daripada jangkauan mereka.

Begitupun, pemain antarabangsa Sepanyol itu mengakui pelaburan besar yang dilakukan pasukan pesaing Liverpool bermakna tugas membawa kejayaan ke Anfield lebih sukar berbanding sebelumnya.

"Kelab seperti Manchester United, Chelsea dan Manchester City mempunyai banyak wang untuk dibelanjakan bagi mendapatkan pemain yang bagus. Ia bukan caranya di Liverpool, jadi kami perlu cuba memperbaiki pasukan kami.

"Jika kami ingin mendapatkan peluang memenangi trofi, kami perlu melakukan lebih baik daripada sebelumnya. Kami sedia menghadapi cabaran," katanya.


Torres juga mendedahkan bahawa dia mahu menghabiskan tempoh terbaik sepanjang kariernya di Liverpool selepas menandatangani kontrak barunya, baru-baru ini.

Pemain Sepanyol itu menandatangani kontrak 110,000 pound (RM643,500) seminggu untuk membolehkannya berada di kelab itu sehingga 2013. Tawaran itu juga mempunyai pilihan lanjutan setahun dan Torres berharap ia bukan kontrak terakhir yang ditandatanganinya bersama Liverpool.

Torres yang menjaringkan 50 gol dalam 85 permainan sepanjang dua musim berkata: "Saya gembira kerana sejak saya bermula bersama Atletico, saya tidak pernah bermain dalam Liga Juara-Juara sebelum ini dan Liverpool memberikan saya peluang untuk menentang pasukan terbaik dunia.

"Saya benar-benar gembira dapat menandatangani kontrak baru bersama Liverpool dan saya berharap dapat menandatangani lebih banyak kontrak di sini.

"Ia adalah satu daripada kelab terpenting di Eropah dengan penyokong terbaik di dunia," katanya.

Menang nasib

Leeds United telah berjaya ditewaskan oleh walaupun bermain agak baik sepanjang perlawanan. Secara peribadi saya sangat terkilan dengan persembahan pasukan kita secara keseluruhannya. Sepatutnya tempo perlawanan dikuasai kita namun Leeds nampak lebih berbahaya dikawasan tengah padang. Pemain senior seperti Mascherano, Aurelio dan Carragher nampak seperti tidak berupaya mengawal dan memberikan impak dan idola kepada pemain simpanan dan pemain muda. Namun begitu saya kagum dengan persembahan Spearing dan Ngog. Malah yang lebih mengejutkan saya ialah Degen yang sekian lama bergelut dengan kecederaan mampu bermain baik sepanjang perlawanan. Apa pun pemain simpanan perlu lebih bersedia untuk memberikan persembahan terbaik jika mahu bersaing untuk tempat di kesebelasan utama.

Sep 22, 2009

Pertahanan kita perlu bangkit

Saya rasa pasukan kita bakal kembali ke era awal 90an. Handal menyerang tetapi terlalu rapuh bertahan. 9 gol yang dibolosi kebanyakannya adalah melalui kesilapan kita bertahan dari sepakan percuma atau dari sudut. Rata-rata pemerhati bolasepak meragui sistem bertahan secara zon yang dipraktikkan oleh Rafa.

Apa yang diperhatikan adalah sudah sampai waktunya Rafa mencari bek yang lebih muda dan mantap bagi memberikan persaingan kepada Carragher yang telah semakin pudar persembahan beliau. Bukannya hendak memperlekehkan kebolehan dan semangat juang beliau, tetapi tenaga pemain yang sudah menjangkaui 31 tahun itu mungkin telah melepasi tahap kemuncak beliau.

Lagipun Agger yang kerap bergelut dengan kecederaan demi kecederaan perlu masa yang panjang untuk terus menjadi pesaing Carra musim ini. Kargiakos pula perlu lebih bekerja keras untuk merampas posisi utama, bukannya hanya selesa menjadi pemain gantian sepenuh masa. Nasib Ayala belum diketahui, namun saya nampak masa depan yang cerah jika beliau diberikan peluang beraksi bermula dengan persaingan Piala Liga malam ini.

Saya rasa Rafa patut bertindak pantas menutup kelemahan dan memperbaiki barisan pertahanan. Cukuplah beban yang terpaksa ditanggung Reina untuk menepis serang demi serangan.

Sep 18, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Diucapkan Selamat Hari Raya maaf zahir batin buat pengunjung Blog ini. Jika ada terkasar bahasa tersinggung perasaan harap dimaafkan.

Aurelio dan Insua mengundang dilema

Apakah pilihan anda untuk posisi Bek kiri untuk musim ini. Aurelio atau Insua. Samada patut bek kiri berpengalaman Brazil atau Pemain muda Agentina yang baru meningkat naik. Persoalan ini memeningkan kepala peminat-peminat yang berbelah bagi samada mementingkan keupayaan dari segi pengalaman atau memberikan peluang pemain yang berbakat besar untuk lebih meningkatkan keupayaan dengan beraksi.

 

Secara peribadi saya amat mementingkan konsistensi semasa yang ada pada Aurelio walaupun ramai peminat lain berharap Insua yang masih belum mencapai tahap optimum diberikan peluang lagi walaupun Aurelio yang merupakan pemain utama telah pulih. Aurelio pada kacamata saya merupakan pemain berbakat dan antara yang terbaik dimiliki oleh kita. Cuma faktor kecederaan membuatkan Rafa terpaksa membeli Dossena untuk persediaan jika sesuatu yang tidak dijangka menimpa Aurelio.

 

Seperti sedia maklum, semenjak Rafa di Valencia Aurelio juga menghadapi situasi kecederaan yang sama seperti sekarang. Malah ramai yang lebih mengenali Amedio Carboni sebagai bek kiri Valencia dari Aurelio.Oleh sebab itulah Rafa bersedia  membawa masuk Aurelio bersama-sama ke Anfield beliau kerana beliau sendiri tahu prospek dan kebolehan pemain Brazil ini. Keyakinan Rafa jugalah membuatkan Riise telah dielong ke Roma, padahal Riise jarang-jarang cedera.

 

Dari penilitian saya Aurelio tidaklah sehebat Ashley Cole atau Patrice Evra. Mereka berdua merupakan bek kiri yang mantap tanpa boleh dipertikaikan lagi.Dari segi bertahan Aurelio tidaklah agresif dan pantas memintas sayap lawan, namun permainan bijak beliau ada iras-iras Maldini. Dari segi menyerang pula selain melakukan hantaran lintang beliau amat jarang masuk hingga kepenjuru atau hampir kedalam kotak untuk membantu serangan. Cuma apa yang dapat dilihat kebolehan Aurelio adalah hantarann lintang tinggi yang cantik serta sepakan percuma beliau amat berbahaya.

 

Bagi saya Insua belum lagi boleh mejadikan posisi sekarang milik beliau lagi. Banyak yang perlu diperbaiki dan dipelajari. Walaupun beliau mampu naik-turun menyerang dan bertahan dengan baik tetapi jika ditambah dengan sentuhan ala Aurelio iaitu hantaran lintang saya rasa silap haribulan Barcelona atau Real Madrid bakal membuatkan Rafa tidak tidur lena untuk melindungi prospek masa depan ini. Kesimpulannya Aurelio adalah untuk yang terkini jika tidak cedera dan Insua mungkin lebih bersedia musim depan.

Sep 17, 2009

Kuyt pemusnah Debescen


Menang tetap menang tidak kiralah hanya sekadar 1 gol sahaja. Ramai yang meramal bahawa Debescen bakal dilaukkan sehingga 5-6 gol. Tetapi yang penting kita Rafa bakal membuat ulangkaji untuk pertemuan setrusnya di Hungary. Apa yang saya amat hairan Juara Hungary itu bermain dengan penuh keyakinan. Apatidaknya, barisan pertahanan mereka agak kebal dan begitu kental menerima asakan. Gol Kuyt merupakan gol harapan setelah banyak peluang dipersia-siakan , terutamanya oleh Gerrard dan Riera. Torres tidak berupanya menjana serangan apabila dirantai ketat oleh pertahanan Debescen.

Kemasukan Babel tidak banyak merubah permainan walaupun ramai peminat yang berharap beliau akan memberikan sesuatu yang positif dalam pasukan. Apa yang penting adalah Aurelio telah kembali cergas dan mungkin bersedia menggantikan Insua yang masih perlu banyak tunjuk ajar dan memperbaiki persembahan. Apa yang menariknya Lucas bermain baik walaupun tidak banyak kerja yang dilakukan selain menangkis dan mengekang serangan dari tengah.

Banyak perlu diambil pengajaran dan diperbaiki lagi dalam pasukan. Lyon dan Fiorentina bukan lawan mudah. Mereka mempunyai barisan serangan mantap dan berpengalaman. Jika corak dan etika bermain dengan Debescen masih kekal, silap-silap musuh akan membuatkan kita berputih mata. Fiorentina adalah ujian seterusnya buat kita. Walaupun mereka tewas tipis kepada Lyon tetapi gandingan Gilardino dan Mutu pernah beraksi menentang kita ketika dikelab lama mereka sebelum ini.

Liverpool waspada

LIVERPOOL: Liverpool yang mendapat suntikan semangat menerusi perjanjian penajaan baru, akan memulakan kempen Liga Juara-Juara awal pagi esok dengan menentang kelab Hungary, Debrecen.

Selepas membelasah Burnley 4-0 pada saingan Liga Perdana Inggeris, Sabtu lalu, Liverpool akan berdepan cabaran lebih sengit ketika menentang Debrecen yang juga juara Hungary dan kelab itu sering beraksi cemerlang di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.

Turut bertanding di dalam Kumpulan E adalah kelab gergasi Perancis, Lyon dan kelab Itali, Fiorentina.

Pengurus Liverpool, Rafa Benitez berharap pemain tengah Argentina, Javier Mascherano akan kembali cergas untuk diturunkan.

Mascherano digantikan oleh Yossi Benayoun, Sabtu lalu yang bagaimanapun menarik minat Benitez apabila menjaringkan hatrik.

“Kami tahu Yossi adalah pemain berkualiti,” kata Benitez mengenai pemain antarabangsa Israel itu.

“Kami sudah melihat aksi hebatnya dan yakin dia mampu melakukan kesan serupa pada perlawanan lain apabila disenaraikan di dalam kesebelasan utama.

“Dia memang hebat serta memiliki pengalaman. Dia tahu bagaimana untuk merebut tempat di dalam kesebelasan utama.”
Mascherano mengalami kecederaan tulang pinggul ketika bermain untuk Argentina ketika kekalahan 1-0 di tangan Paraguay pada kempen kelayakan Piala Dunia, minggu lalu.

Liverpool pernah lima kali bergelar juara Eropah.Gelaran terakhir mereka pada 2005 apabila menewaskan AC Milan di Istanbul.

Sep 16, 2009

Pacheco seiras Yossi

Daniel Pacheco tiba Barcelona ke Anfield, awal musim 2007, ketika hanya berusia 16 tahun. Penyerang kenit ini dianugerahkan teknik gelecekan dan kepantasan larian. Beliau merupakan pemain yang mengangotai skuad yang memenangi Piala Liga Simpanan 2007/08. Walaupun begitu pemain yang dijangka bakal meletup ini,belum lagi beraksi dalam perlawanan utama.
 
Hanya beberapa pemian sahaja seperti pemain remaja tempatan, Ayala, Plessis dan Nabil El Zhar yang berjaya menempah tempat untuk perlawanan senior. Hanya Ngog sahaja yang terus sahaja diberi peluang sebaik sahaja dibeli dari PSG walaupun beliau turun dalam skuad simpanan juga.
 
Ramai berharap yang Pacheco akan dapat bermain untuk pasukan utama kelak memandangkan  pembabitan dalam skuad simpanan dan juga perlawanan pra musim baru-baru ini. Apakah beliau mampu melakukan seperti Yossi Benayoun untuk pasukan utama? Anda mungkin tertanya-tanya mengapa nama Yossi dikaitkan dlam kes ini. Jawapannya ada dibawah
 
1) Saiz Fizikal
Kedua-dua mereka berada dalam kategori pemain bertubuh kecil dalam arena bolasepak. Cuma Pacheco lebih pendek 2 inci dari Yossi namun agak berisi dari Yossi.
 
2) Posisi dalam pasukan.
Yossi merupakan penyerang  utama atau penyerang bantuan ketika diawal pembabitan bolasepaknya. Namun ketika bermain di La Liga bersama Racing Santander beliau telah beralih kepada posisi  pemain tengah menyerang. Di West Ham juga beliau telah bermain dalam posisi sayap disamping di posisi tengah. Sehingga  kini Rafa telah menggunakan Yossi dipelbagai posisi samada tengah, sayap atau penyerang dan boleh dikatakan beliau tidak menghampakan dalam posisi yang diberikan.
 
Sama seperti Pacheco, beliau merupakan penyerang utama ketika dalam skuad remaja Barcelona. Dan apabila bermain dengan skuad remaja kita beliau juga menerajui serangan. Namun ketika ini beliau telah diserapkan dalam posisi tengah menyerang dalam beberapa perlawanan sebelum ini. Dengan kebolehan dan skil yang sediaada beliau boleh menjadi perancang tengah yang berjaya. Saya juga tidak terkejut yang Rafa akan menggunakan Pacheco dibahagian sayap sepertimana Yossi kerana kepanatasan beliau.
 
3) Kebolehan menggelecek
Kedua-dua mereka mempunyai kaki yang licik apabila mengelecek bola. Walaupun tidak mempunyai larianyang sangat pantas tepati lihat sahaj gerakan Yossi ketika membenam Burnley baru-baru ini. Menarik bukan.
 
Namun amat sukar bagi kita untuk menjangka bila pemain yang amat disukai oleh peminat ini akan bermain perlawanan sulung beliau dalam kesebelasan utama. Bermain dalam Piala Liga mungkin tidak menjadi masalah kerana Rafa akan menggunakan perlawan itu sebagai medan ujian pemain muda. Tetapi untuk bermain dalam perlawanan Liga Perdana memerlukan kebolehan luarbiasa dan kepercayaan Rafa barulah impian itu terlaksana.
 
Namun kerana dalam skuad utama beliau masih belum mempunyai nombor jersi, maka dalam masa terdekat ini beliau mungkin jauh dari terbabit dalam kesebelasan utama. Disamping itu beliau terpaksa bersaingan dengan bukan sahaja Yossi, malah pemain hebat seperti Gerrard, Kuyt, Riera, Babel malah El-Zhar yang pernah bersam skuad utama musim lalu.



Sep 12, 2009

Selamat jalan Carlsberg

Liverpool Football Club have signed an £80million shirt sponsorship deal with London-based bank Standard Chartered, newspaper The Times has revealed.

Earlier this evening club co-owner George Gillett said the club's new sponsor will be officially unveiled on September 18th at a press conference.

But The Times has revealed that the contracts have been signed and a four year deal with the worldwide banking giant.

The £80million figure, £20million per season, equals that achieved by Manchester United in their latest sponsorship deal with American financial company, Aon Corp.

The Reds' previous sponsorship deal with Danish brewers Carlsberg earnt the club a mere £7.2million per season. The 17-year affiliation between Carlsberg and Liverpool will finish at the end of the current season.


Terasa lega sangat-sangat degan berita ini. Disamping kelab dapat duit lebih dari penajaan, peminat muslim dapat memakai kembali jersi merah kebanggaan kita. Kalo Rick Parry masih CEO belum tentu perkara ini berlaku. Tahniah Purslow.


Sep 11, 2009

Ayah Sumber Inspirasi

The Spaniard admits moving from the academy in Seville to playing reserve team football for Liverpool was a big step up in quality, but his dad's high expectations help drive him on.
 
"I had been in the academy at Sevilla and straight away when I joined Liverpool, the club decided that I would join the reserve team," Ayala told the new-look LFC Weekly Magazine.
 
"That was an immediate step up in quality for me from what I was used to in Spain. It was good for me, it was a very big challenge at an important moment in my career.
 
"I improved a lot playing in the reserve team. But now I have to keep improving. I have come a long way, but I still have even further to go.
 
"It doesn't matter how well I think I have played or how well other people have told me I have done, my father always has his own opinion. I could help keep a clean sheet or I could score a goal and still he will find things that I must do better.
 
"I thank him for this because it pushes me on. It makes me look to be better in everything I do on the pitch and in training. I love that my father has these expectations for me because I appreciate his advice and try to do what he tells me to do."

Contoh macam ni saya teringat kisah Haji Sidek. Bapa kepada jagoan badminton negara kita yang tak payah disebut lagi. Beliau bukannya jurulatih bertauliah, namun kegigihan beliau telah membawa Misbun, Razif, Railani , dan Rashid menjadi lagenda sukan negara.

Berbalik kepada Ayala. Saya rasa beliau mampu menjadi pemain bolasepak yang mantap kerana motivasi keluarga amat penting kerana tanpa bantuan dan perangsang mereka, pemain tidak boleh bermain cemerlang apabila dalam keadaan jatuh-bangun.


Sep 9, 2009

Glen jadi sasaran liar tohmahan pengulas.

Glen Johnson telah menjadi tumpuan dan tajuk pertikaian dalam pasukan kebangsaan England. Kebanyakan pengulas dan pemerhati bolasepak telah atau bakal menjadikan Johnson kambing hitam jika England tidak layak ke Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan nanti. Faktor dan alasan mereka ialah kelalaian dan kelemahan beliau ketika bertahan adalah menjadi punca Slovenia berjaya menjaringkan gol saguhati sebelum ini.  

Croatia di bawah bekas pemain Derby County, Slaven Bilic awal-awal lagi menjalankan perang saraf untuk mempergunakan Johson sebagai lubuk serangan mereka. Bekas rakan Glen ketika bersama-sama di Pompey dahulu Nico Krancjar berkata yang beliau yakin tiada masalah menghadapi Glen jika diberi peluang mengetuai serangan Croatia disebelah kiri. Dan ini merupakan serangan media Croatia dalam merebahkan moral pemain England khususnya Johnson. 

Untuk makluman semua,  pasukan England bukannya sempurna macam Brazil yang mempunyai fulbek  yang hebat seperti Alves dan Maicon yang boleh turun naik sepantas kilat. Dan juga England tidak bermain dengan dua orang pemain tengah bertahan yang mantap seperti Gilberto Silva dan Filipe Melo yang dapat memberikan ruang dan mentup ruang apabila fulbek mereka menyerang.  Jadi skuad England dibawah tranformasi Capello dikritik kerana cuba mengubah corak kepada lebih offensif. 

Jadi kelemahan pasti ada jika Glen terlalu asyik menyerang dan pemain tengah England rata-ratanya tidak mempunyai metaliti bertahan. Lampard, dan Barry boleh dikatakan bukannya mempunyai kualiti bertahan hanya Gerrard, Carrick dan Hargreves yang pernah bermain dalam posisi bertahan untuk kelab mereka. Jadi dalam situasi semasa pasukan England nampak gayanya Capello terpaksa mencari formula samada menghadkan pembabitan Glen dlam sesi serangan atau berusaha mengarahkan pemain tengah lebih disiplin ketika kedua-dua fulbek dalm situasi menyerang. 

Tapi yang peliknya mengapa Ashley Cole tidak pernah dikambing hitamkan apabila beliau juga selalu meinggalkan posisi dan membiarkan pertahanan terkial-kial menyelamatkan keadaan. Saya tidak mengganggap Cole adalah seperti Glen. Malah saya akui kualiti dan mentaliti bertahan Cole lebih hebat dari Glen. Tetapi jika kelemahan atau kekalahan pasukan pengulas mencari seseorang untuk dijadikan korban. Carragher dan Gary Neville pernah suatu ketika menjadi mangsa keadaan. 

Walaupun saya bukan peminat England, namun saya yakin dibawah kendalian Capello, pasukan England lebih mantap seperti sebelum ini. Dengan pasukan yang sama seperti era Erikson dan McLaren, mereka sudah matang dari segi permainan berpasukan. Cuma Capello hadir memberikan apa yang pengurus sebelum beliau tidak mampu berikan iaitu sentuhan taktikal dan sedikit tuah.  Malah Capello telah bersuara yang beliau yakin dapat memperbaiki kelemahan pasukannya. Apapun Glen sendiri harus meningkatkan usaha dan melakukan yang terbaik.

Cabaran buat Babel


LONDON - Pengurus Liverpool, Rafael Benitez naik angin terhadap Ryan Babel.Dia mahukan pemainnya itu berhenti mengeluh dan tampil membuktikan kemampuannya di atas padang.

Minggu lalu, Babel menuduh Benitez mungkir janji untuk memberikannya lebih banyak peluang dalam kesebelasan utama kerana dia berhajat untuk beraksi dengan skuad kebangsaan Belanda pada Piala Dunia 2010.

Sebelum ini, pemain sayap dari Sepanyol, Albert Riera turut merungut kerana kurang diberi peluang beraksi dalam skuad utama Liverpool.Namun awal pagi semalam, Benitez menegur kedua-dua pemain itu sambil mengarahkan mereka supaya melakukan tugas dengan baik di atas padang.

"Riera dan Babel mahu beraksi dan disebabkan mereka bermain di posisi yang sama, mereka perlu bersaing sesama sendiri.
"Tetapi mesej saya cukup mudah. Di atas padang, setiap pemain perlu membuktikan kemampuan mereka," tegas Benitez.

Babel turut meminta untuk dilepaskan secara pinjaman ke kelab asalnya, Ajax Amsterdam.

"Babel tahu dia tak boleh pergi sekarang. Jadi dia mahu memikat hati saya, dia perlu membuktikan kemampuannya. Dia seorang pemain yang bagus dan kami tahu bakat yang dia miliki.
"Dengan Piala Dunia semakin hampir, sebahagian besar daripada pemain mahu memikat saya dan jika mereka dapat melakukan dengan baik pada setiap sesi latihan, saya akan beri mereka lebih banyak peluang,"jelas Benitez

 
KOMEN: Ryan Babel perlu muhasabah diri sendiri. Pergi ke pejabat Rafa. Minta DVD perlawanan lepas-lepas dan beritahu Rafa, apa yang beliau hebat sangat sampai hendak minta main dalam kesebelasan utama. Jika mahu jadi anak emas Rafa seperti Kuyt beliau kena tunjukkan walaupun tak mampu berikan persembahan individu beliau perlu hebat secara berpasukan.

Sep 7, 2009

Dia Bahagia Kita Merana

‘Saya gembira di Real’



XABI Alonso menyedari masanya di Liverpool sudah berakhir sejak setahun lalu.

Pemain tengah Sepanyol itu membuat pendedahan secara terperinci di sebalik perpindahan dramatik dari Anfield dengan harga £28 juta (RM161 juta).

Alonso mengakui keputusannya untuk keluar ketika perlawanan Liga Juara-Juara Eropah bagi menunggu kelahiran anak lelakinya hampir tiga tahun lalu menyebabkan pertelagahan dengan pengurus, Rafael Benitez.

Pemain tengah itu mengakui dia sukar untuk menerima hakikat dikelaskan sebagai sumber wang apabila Benitez cuba menjualnya setahun lalu.

Alonso, 27, kini salah seorang daripada generasi baru 'Galacticos' di Real Madrid selepas perpindahannya bulan lalu.

Namun hanya sekarang, dia bersuara mengenai hubungannya dengan pengurus berbangsa Sepanyol itu dan perasaan gembiranya kerana diperlukan di Real.

Dia berkata: “Ia satu keputusan sukar untuk dilakukan selepas lima tahun di kelab itu.

“Saya sering berkata ia satu hubungan profesional. Saya cuba melakukan apa yang beliau minta saya lakukan, cuba memberikan persembahan terbaik di atas padang, membuktikan keupayaan.”

Benitez tidak berahsia untuk membawa masuk Gareth Barry ke kelab itu dari Aston Villa tahun lalu.

Alonso dikenal pasti sebagai aset berharga bagi membiayai perpindahan itu. Perpindahan itu tidak menjadi kenyataan dan Barry akhirnya menyertai Manchester City baru-baru ini.

Alonso menambah: “Musim panas lalu kelab mencadangkan saya dijual untuk membiayai pembelian pemain baru. Amat sukar buat saya menerima hakikat itu.

“Saya menerimanya sebagai seorang profesional namun ketika itu mungkin ia mengubah fikiran saya dan saya fikir, ia masa untuk berubah.”

Benitez tidak puas hati dengan perancang utamanya Alonso apabila dia memilih untuk keluar padang ketika perlawanan pusingan 16 terakhir perlawanan kedua Liga Juara-Juara Eropah di Inter Milan - ketika Liverpool mendahului 2-0 - untuk be- rada bersama isterinya yang sarat mengandung.

Sep 6, 2009

Perpindahan yang ternyaris.



Paul Gascoigne
What Happened: Gazza attracted interest from both United and Spurs after being named the PFA Young Player of the Year following his performances in the 1987-88 season. Despite favouring a move to Liverpool, no bid arrived from the Merseysiders, leaving Fergie and Terry Venables to compete for his signature. Gascoigne initially agreed on a move to Old Trafford, but at the 11th hour he went back on his word and joined Tottenham for £2.3m - a then British transfer record.

Kalau contohnya Liverpool menyambar Gazza dari Newcastle kerana menjadi pilihan hati beliau, saya rasa kemungkinan besar pasukankita masih cemerlang pada era kejatuhan 90an. Umur Gazza ketika perpindahan ke Spurs adalah 20 tahun. Dan barisan tengah Liverpool ketika itu di tunjangi oleh Mcmahon, Houghton dan Whelan yang hampir mencapai umur 30an. Namun hanya Molby antara pemain muda yang berada dalam posisi tengah ketika itu.

Tetapi jika faktor kecederaan dan sikap buruk beliau diambil kira maka silap-silap lagi tak berbaloi beliau berada dalam pasukan. Contoh terbaik masa ini ialah seperti Jermaine Pennant. Walaupun diketahui sebagai peminat Liverpool namun ianya tidak ditranformasi diatas padang. Mungkin Dalglish yang menjadi pengurus ketika itu semacam tahu-tahu saja yang Gazza bakal mempunyai kesudahan yang tidak bagus dalam karier beliau.

Namun bagi saya Gazza adalah pemain hebat jika dimiliki . Perlawanan Euro96 England-Scotland adalah klimaks persembahan Gazza yang membuatkan saya terlalu inginkan beliau berada dalam pasukan kita ketika era 90an.


Sep 5, 2009

Epilog 4: Kemenangan di Reebok

Perlawanan yang ditunggu-tunggu pun bermula. Liverpool memulakan sepak mula. Torres dan Gerrard bergandingan kembali di hadapan walaupun diwar-warkan sebelum ini yang Gerrard mungkin kembali ke posisi tengah.  Glen Johnson telah memulakan serangan Liverpool dari sebelah kanan dengan melakukan hantaran lambung kearah Torres. Namun begitu Torres sekadar menanduk tinggi ke awan.

 

Dalam usaha mendapatkan gol awal Lucas yang telah berjaya melepasi kubu Bolton menanduk bola namun sipi sedikit. Dalam keadaan Kapten Gerrard yang telah dikawal ketat oleh Muamba, Lucas pula yang diberikan ruang oleh pemain tengah Bolton untuk bergerak bebas. Mungkin mereka anggap yang Lucas bukan ancaman besar bagi mereka.

 

Sekali lagi dalam minit ke 13, Lucas tiba-tiba merembat dari kawasan tengah di luar kotak penalti setelah Riera melarikan bola ke penjuru kawasan Bolton dan melakukan hantaran lambung yang cantik. Usaha beliau ini menunjukkan bahawa beliau amat selesa bermain agak kedepan bukannya bersama Mascherano di tengah.

 

Torres yang agak keseorang dihadapan kerana Gerrard dikawal ketat, masih berupaya melarikan bola untuk melakukan serang secara individu, namun beliau telah dikasari oleh Gary Cahill dengan kasar. Kad kuning pertama menjadi hadiah buat Cahill yang sudah acapkali melakukan kekasaran terhadap Torres. Namun baiklah Torres tidak tercedera dalam insiden  itu. Beliau bangun dengan teresot-esot menahan kesakitan.

 

Serangan bertali arus Liverpool banyak kali dihalang oleh keutuhan pertahanan Bolton yang agak mantap. Zat Knight yang baru dibeli dari Aston Villa nampak seakan serasi dengan Cahill.  Percubaan Torres, Kuyt, Riera untuk merembat dari luar dan dalam telah banyak kali digagalkan dan ditampan baik oleh pertahanan Bolton. Malah ketinggian Knight dan permainan agresif Cahill , Liverpool seakan buntu untuk merobek gawang Bolton.

 

Bolton telah diberikan sepakan penjuru kerana bola terkena Torres. Kecelakaan telah menimpa. Bolton telah berjaya menjaringkan gol pembukaan akibat kesilapan Liverpool menjaga kubu sendiri. Gol berpunca dari Elmander yang menanduk hantaran sepakan penjuru melintang ke depan dan pada masa yang sama pemai Liverpool tercengang kerana pemain Bolton telah berada dalam posisi terbaik dan Kevin Davies tidak mempersia-siakan peluang yang ada.

 

BOLTON 1 – 0 LIVERPOOL

 

Rafa  sendiri kelihatan amat marah dan kecewa dengan reaksi pemain dalam situasi tersebut. Beliau sebelum ini telah melakukan latihan intensif untuk tujuan memperkukuhkan benteng dalam keadaan bertahan. Nampaknya pemain masih belum mahir dengan sistem berkawal dalam zon ini. Pallegrino menggelengkan kepala. Sammy Lee pula kelihatan melaungkan arahan kepada pemain terutamanya kepada Carragher dan Kargiakos.

 

Sifat tidak putus asa ditunjukkan oleh pelawat dalam usaha mendapatkan gol penyamaan. Glen Johson sekali lagi menunjukkan kepada peminat dan pemerhati bolasepak bahawa nilai 17juta pounds yang dibelanjakan adalah sangat berbaloi. Hasil dari sepakan penjuru bola dikeluarkan dari kotak penalti, namun apabila bola sampai ke kaki Johnson, beliau telah merembat dengan kaki kiri tepat kearah pintu gol Bolton. Juskelainan hanya mampu melihat bola menejah masuk untuk gol penyamaan yang ditunggu-tunggu peminat.

 

BOLTON 1 – 1 LIVERPOOL

 

Hampir-hampir tamat perlawanan Liverpool sekali lagi menghadapi situasi getir. Lucas yang dipersalahkan akibat mengasari Davies memberikan sepakan percuma hanya beberapa kaki diluar kotak penalti. Lucas dalam keadaan itu merupakan mangsa taktik Davies yang licik yang menarik tangan Lucas dan seakan-akan Lucas telah bertindak menarik badan beliau. Pengadil tanpa usul periksa meberikan sepakan percuma yang sepatutnya tidak harus diberikan. Matt Taylor melalukan sepakan lencong yang diselamatkan oleh Reina untuk sepakan penjuru. Berpeluh jua Reina dalam aksi akrobatik untuk menghalang Bolton mendahului buat kali kedua.

 

Tamat separuh masa pertama dengan aksi yang pelbagai. Rafa telah bersedia dengan sesi rehat untuk memberikan arahan dan melakukan sedikit ulasan mengenai aksi separuh masa pertama. Pemain-pemain diberi peluang membersihkan badan terlebih dahulu. Setelah itu semua pemain dipanggil untuk sesi taklimat untuk separuh masa kedua. Rafa telah memberikan penekanan kepada semua pemain untuk lebih peka dan fokus ketika dalam keadaan bertahan. Mungkin kerana beliau nampak Bolton sudah dapat menghidu peluang untuk memanipulasi kelemahan pasukan. Barisan sebelum ini masih dikekalkan Rafa walaupun beliau tahu peminat mahukan Lucas digantikan tetapi Rafa masih menaruh keyakinan terhadapat bintang muda Brazil itu.

 

.Mereka keluar dari bilik persalinan dengan agak yakin bahawa  Liverpool akan menerima badi seperti sebelum-sebelum ini. Megson mengarahkan anak buahnya supaya mengawal Gerrard dan Torres untuk mematikan peluang dan punca serangan Liverpool. Jika kedua-dua tidak dapat bergerak bebas dan maka pasukan Liverpool seakan harimau yang nampak ganas tetapi tanpa taring dan kuku. Begitulah telahan pengurus lebih mementaingkan aspek taktik bertahan dan memburu gol dengan memanipulasi kelemahan lawan yang lebih kuat seperti Liverpool. Beliau akur yang ketiadaaan Kevin Nolan, barisan Bolton tidak semantap dahalu .

 

Separuh masa kedua dimulakan oleh Bolton. Kali ini mereka bermula dengan agak agresif untuk menyerang. Mungkin Megson telah memberikan arahan supaya serangan pantas ditujukan disebelah kiri. Insua menjadi lubuk buat Bolton. Kekurangan ketinggian menjadi faktor buat lawan memanipulasi bola tinggi kearah beliau. Nasib baik Kargiakos banyak membantu Insua takkala lawan cuba mengasak dikawasan kiri dengan bola lambungan tinggi. Riera juga banyak menutup ruang buat Bolton dan membantu Insua apabila Insua melakukan larian keatas.

 

Sekali lagi kepincangan untuk bertahan dalam situasi sepakan penjuru dipergunakan oleh Bolton. Dalam bola melintasi dihadapan Davies beliau menanduk kearah Cohen. Namun secara tiba-tiba Caragher yang cuba mengasak Davies telah terlelecot jatuh dan bola lantas berada hampir dengan Cohen. Anak bekas pemain Liverpool, Avi Cohen itu dengan mudah menolak masuk gol kedua Bolton itu dan membuatkan mereka mendahlui Liverpol sekali lagi. Muka Rafa merah padam menahan marah dan kecewa. Sammy Lee pula melaungkan kemarahan sambil diperhatikan oleh jurulatih lain yang tampak jelas kekecewaan dari air muka mereka.

 

BOLTON 2 – 1 LIVERPOOL

 

Liverpool seakan bangkit dari lamunan. Mereka kembali mengatur permain. Kali ini Gerrard nampak lebih banyak mencari bola dari bawah. Kedegilan Davis memaksa beliau mengambi alih posisi Lucas dan membiarkan Lucas bebas didepan. Nampaknya permainan keras Bolton telah memulangkan paku buah keras buat mereka. Kebodohan Sean Davis yang sebelum ini mengumpul kad kuning mengundang padah. Davis telah sengaja menjatuhkan Lucas yang melakukan larian solo kekawasan Bolton. Kad merah dilayangkan dan Bolton telah menjadi tidak keruan dengan kekurangan pemain. Mereka terpaksa bekerja keras untuk menahan asakan Liverpool yang semakin bertali arus. Ketiadaan Davis telah memberikan Gerrard nafas lega untuk kembali bebas untuk menyerang.

 

Tidak sampai 3 minit dari insiden kad merah. Liverpool telah mula melakukan serangan pantas dengan memanipulasi kekurangan pemain di pihak Bolton. Hantaran lob Gerrard kearah Kuyt yang melakukan larian kedalam kotak penalti Bolton. Bola tersebut ditolak dengan dada oleh Kuyt yang menyedari Torres telah menghidu peluang untuk menyerang. Torres bagaikan membaca gerakan Kuyt dan telah menjaringkan gol dengan rembatan kaki kanan. Semangat pemain kembali membara-bara. Walaupun gol penyamaan memberika sinar baru buat pemain, namun Rafa masih belum menunjukkan rasa puas hati.  Beliau telah memberikan arahan supaya lebih banyak asakan dibuat keatas Bolton yang bermain dengan 10 pemain itu.

 

BOLTON 2 – 2 LIVERPOOL

 

Dipihak Bolton, Megson memasukkan Basham bagi menggantikan Elmander yang tidak mampu berbuat apa-apa kerana tiada bantuan dari rakan-rakan yang sibuk bertahan dikubu sendiri. Ini memberikan isyarat bahawa Bolton cuba bertahan dan berharap keputusan 2-2 mampu dibertahan hingga ke wisel penamat. Liverpool pula mengeluarkan Riera dengan memasukkan Benayoun bagi menambahkan kekuatan serangan. Riera seakan sudah tidak berupaya membolosi bahagian kiri Bolton yang kebal dikawal oleh Steinson.

 

Juskelainan  mejadi pemain paling sibuk sepanjang minit ke 70. Banyak percubaan pemain Liverpool diselamatkan beliau. Kargiakos hampr menewakan penjaga gawang veteran Finland itu. Siapa sangka Kargiakos mampu melakuakan remabtan dengan teknik yang baik. Malah sepanjang separuh masa kedua, beliau mulai nampak lebih yakin dan nampak mula memberikan arahan buat rakan-rakan ketika bertahan. Kemasukan Voronin menggantikan Mascherano yang agak tenggelam malam itu mejadi kemusyikilan peminat. Mereka berharap Lucas yang keluar tetapi sebaliknya Masherano yang direhatkan.

 

Kemasukan Voronin lamnsung memberikan impak yang agak positif. Beliau beropersai seakan pemain tengah menyerang kerana Lucas dan Gerrard bergandingan dibawah. Permainan nampaknya dikuasai Liverpool walaupun Bolton cuba  mengasak dengan serangan kilat. Akhirnya nasib kali ini menyebelahi Liverpool. Johnson yang mempunyai hantaran lintang yang baik menjadikan Torres sasaran beliau. Torres yang telah dibergelut dengan Cahill dalam perebutan bola itu berjaya menanduk kembali keruang tengah. Peluang didepan mata. Gerrard telah melakukan rembatan dengan teknik semulajadi beliau dari tengah kotak penalti. Gol tersebut merupakan kebangkitan semangat oleh kapten Liverpool itu yang sebelum ini dikritik hebat oleh Rafa kerana kurang konsisten.

 

BOLTON 2 – 3 LIVERPOOL

 

Dossena masuk mengambil tempat Kuyt yang agak keletihan meredah 86 minit perlawanan. Bermain diposisi sayap kiri dalam keadaan Bolton sudah terkulai layu membuatkan Dossena seakan tidak banyak cabaran. Percubaan dalam masa-masa terakhir permainan menunjukkan Liverpool masih belum puashati mendahului dengan satu gol. Serangan Bolton juga sekali sekala namapk agak berbahaya. Kemasukan Mustahpa Riga yang agak licik bagaikan sudah terlambat. Namun percubaan terakhir Matt taylor memberikan sedikit kecuakan buat pertahan Liverpool yang telah lama bersantai. Pengadil meniupkan wisel penamat dengan pelawat mendapatkan 3 mata berharga setelah dua kali ditinggalkan oleh pasukan tuan rumah.


Sep 4, 2009

Pengajaran untuk semua

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya gugur ke tanah jua. Tupai yang gugur bukannya dari Anfield tapi dari London, FC Moscow London. Oleh kerana ketamakan dan ingin memburu anak ayam tambatan orang, Chelski telah terjerat dalam permainan sendiri. Kes yang membabitkan Gael Kakuta, pemain muda berbakat RC Lens telah menjadi perhatian pihak perundangan FIFA. Kakuta telah membatalkan kontrak beliau pada 2007 untuk bersama Chelsea. Dan dengan kuasa yang ada FIFA telah memberikan hukuman yang wajar untuk kelab mewah ini dengan menyekat sebarang aktiviti pembelian pemain sehingga 2011. Jika hanya didenda, semua pasti tahu yang duit tiada masalah bagi mereka.

 

Mungkin ramai yang terlupa yang Chelsea telah terlepas kes sebelum ini yang membabitkan bekas pemain Arsenal, Cashley Cole. Dengan membayar denda sekitar 300,000 pounds, mereka telah berjaya mendapatkan pemain pertahanan antarabangsa England itu. Bagi mereka wang denda tersebut tidak seberapa. Inilah taktik mereka yang dipelopori oleh Peter Kenyon, Ketua Eksekutif Chelsea dan juga mantan ketua Eksekutif Man U. Budaya yang dibawa beliau ketika di Man U diteruskan dimana sahaja beliau berada. Dan budaya mendapatkan pemain tanpa kebenaran ini terus menjadi identiti kelab tersebut.

 

Man U juga sekarang mungkin sudah kecut telur. Le Harve telah memfailkan laporan terhadap Man U berhubung kes bekas pemain remaja mereka Paul Pogba. Le Harve  menuduh yang Pogba telah diberikan bayaran suapaya memilih untuk bersama Man U. Manakala pihak Man U pula berdalih yang mereka telah menandatangani kapten bawah 16 tahun Perancis itu ketika pemain itu sudah tiada kontrak dengan Le Hrave. Mustahil Le Harve tidak meyambung kontrak pemain harapan mereka itu yang telah dipantau oleh sekalian kelab besar di seantero Eropah. Ini merupakan rompakan pemain muda yang menggunakan taktik kotor bagi menidakkan pasukan lain untuk persaingan mendapatkan pemain itu.

 

Budaya sebegini akan membunuh kelab kecil yang rata-rata tidak mempunyai kewangan yang kukuh. Pemain-pemain muda mereka telah pergi ke kelab elit tanpa memberikan mereka bayaran setimpal. Dan Liverpool Fc juga harus tidak terjebak dalam permainan kotor sebegini. Alangkah baiknya menaikkan pemain muda tempatan sekitar Merseyside dari mencari nahas merampas pemain muda kelab lain. Kes Ziege sepatutnya tidak berulang lagi buat kelab kita.




Rafa berdepan penggantungan



LONDON: Pengurus Liverpool, Rafael Benitez mungkin berdepan penggantungan perlawanan selepas didakwa di atas kelakuan tidak senonoh oleh Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA).

Pengurus pasukan The Reds itu mengetuk cermin matanya apabila bercakap mengenai kegagalan pengadil, Phil Dowd untuk memberikan dua penalti ketika kekalahan 2-1 di Tottenham dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada 16 Ogos lalu.

Dan Liverpool bimbang FA mungkin memilih untuk menjadikan jurulatih berbangsa Sepanyol itu sebagai contoh tatkala mereka bertekad menguatkuasakan kempen ‘Hormat’ di kalangan pengurus liga.

Ia mungkin membawa kepada Benitez menyaksikan perlawanan penting dari tempat duduk bersama-sama dengan penolongnya, Sammy Lee, yang turut diarahkan meninggalkan garisan tepi padang pada perlawanan yang sama.

Namun, denda dan pemberian amaran tampak hukuman yang bakal dikenakan.

KOMEN: Memang pengadil malam tu rabun.

Sep 3, 2009

'Cabaran kami belum berakhir



LONDON - "Jangan anggap cabaran kami sudah berakhir."

Itu tegas pertahanan Liverpool, Jamie Carragher yang menyifatkan skuad The Reds merupakan pakar dalam melakukan aksi kebangkitan.

Terdahulu, Carragher dan rakan sepasukannya telah diselar selepas mereka tewas dua perlawanan pada tiga aksi pembukaan Liga Perdana England musim ini.

Skrip yang sama hampir berulang di Stadium Reebok Sabtu lalu apabila Liverpool ketinggalan dua kali sebelum jaringan lewat Steven Gerrard memberikan kemenangan 3-2 ke atas Bolton Wanderers.

Skuad kendalian Rafael Benitez itu sebenarnya pernah mengalami episod yang sama musim lalu terutama menjelang pertemuan dengan Manchester United, Manchester City dan Middlesbrough.

Sebagai rekod, Liverpool telah mengumpul 22 mata selepas mengalami kekalahan kedua musim lalu, iaitu jumlah yang lebih tinggi berbanding tiga musuh tradisi mereka, United, Arsenal dan Chelsea.

Carragher berkata, itulah watak yang diperlukan barisan pemain Liverpool jika mereka bersungguh-sungguh mahu menampatkan kemarau 20 tahun kejuaraan Liga Perdana England musim ini.

"Kami telah mengambil segala kritikan tersebut kerana memang kami tidak memulakan kempen musim ini dengan baik.

"Tetapi tiada siapa yang boleh berkata cabaran kami sudah berakhir.

"Liverpool dan juga United sudah terbukti merupakan pasukan terbaik yang sering melakukan kebangkitan. Kekalahan tidak banyak mengganggu rentak kami," katanya. - Agensi

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (22) Lucas Leiva (21) cartoon (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) kontrak (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) Hillsborough Disaster (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails