Keputusan mengejutkan Brendan Rogers letak 4 bek tengah dalam satu pasukan adalah satu kemusyiklan yang perlu diperjelaskan kepada umum. Kita tahu Toure dan Sakho boleh main diposisi bek sisi, namun ianya sekadar pelu jika ada kecemasan. Macam saya lontarkan sebelum ini, ada baiknya main 3-5-2 untuk memberikan keseimbangan dengan kecederaan minor Enrique disaat akhir.
Brendan memerlukan minit ke-70 untuk melakukan pertukaran ideal padahal dia boleh lakukan sebelum sepak mula lagi. Paling menonjol ialah Aspas yang paling tak berguna langsung sejak diperkenalkan semasa lawan Stoke lagi. Buat kesilapan adalah kerja manusia, tapi belajar dari kesilapan kes Borini musim lepas, itu menampakkan Brendan masih belum dikategorikan pengurus yang hebat.
Memang telahan saya yang ketiadaan Coutinho membawa malapetaka. Kekesalan memang buang masa, tapi alternatif pengganti beliau langsung tiada dan meletakkan Aspas sebagai galang gantinya dengan berharap Aspas memain peranan yang seakan Coutinho umpama harap masuk lumba kuda tapi tunggang kaldai. Aspas tak bersalah tapi orang yang beli dan turunkan beliau itulah yang kena tanggungjawab.
Kadangkala nak salahkan Gerrard kerana ketidakupayaan memberikan contoh dan semangat kepada rakan kerana sendiri main hampeh pun tak boleh juga. Kuda tua sebegitu bila berganding dengan Lucas yang makin merosot, maka lagi tenggelam dan hilang punca jadinya. Henderson dan Allen boleh main diposisi tengah tapi untuk jadi teraju utama macam Gerrard-Lucas saya tahu kita semua dah tengok mereka berdua tak mencapai KPI yang diharapkan.
Pengadilan yang hina bila kita dua kali peluang untuk penalti tidak diberikan. Mutu pengadilan adalah faktor tak langsung tapi ianya mungkin merubah keputusan jika protes berterusan dilakukan. Bab ini Brendan perlu belajar cara Ferguson, bukan membeli pengadil, tapi harus komplen berterusan kerana corak permainan pasukan kita yang suka memegang bola bakal terjejas jika pengadil bersikap lepas tangan.
Mignolet adalah hero malam tadi,tapi bila Brendan mahu dia main macam Reina, saya anggap itu bukan satu kewajaran. Pengurus yang bijak perlu gunakan pemain dengan kekuatan mereka, bukan ambil risiko untuk menerapkan sesuatu yang diluar kemampuan pemain itu. Saya kira pengurus Southampton memang bijak dengan suruh penyerang mereka mengacah setiap kali Mignolet pegang bola.
Kembalinya Suarez dalam pasukan bukan setakat dialu-alukan tapi Brendan memang tiada pilihan lain. Mahu tidak mau dai kena gandingkan Suarez dengan Sturidge sebagai penyerang kembar, bukan meletakkan salah seorang mereka sebagai pemain sayap atau diposisi yang lebih kebawah. Perlawanan dengan Man U dalam Piala Liga rabu ini bakal menyaksikan kembalinya Suarez dari penggantungan dan saya harap ianya bakal memberikan nafas baru kepada pasukan yang lesu sejak ketiadaan beliau.
Pmain pling hampeh stakat ni bg aku ialah lucas.aku tk thu la dia nape bleh jd squad utama.main hampeh btul mcm la tkde pmain lain untk dtrunkan.
ReplyDeleteDr dulu lg aku tak suka luncas main.. Liverpink..
DeleteBagi pendapat saya... Mungkin kesalahan taktikal bagi brendan.. sebab tak turunkan RB(Wisdom@Kelly) & LB (Enrique) kerana einger kita tak dapat sokongan dari RB & LB...
ReplyDeleteMasih awal untuk menentukan nasib skuad kita.. Brendan sedar akan kesilapannya.. harap lepasnie tak ada lagi kesalahan yang merugikan bagi team kita...
Beri peluang pada brendan... YNWA
bg aku taktikal Brendan xmenjadi..mmg aku akui skuad season ni masih blom capai kpi utk beri saingan top 4.. Brendan kne gunakan sebaik mungkin kekuatan dgn player yg sedia ada..jgn asyik nak eksperimen aje..kite masih lg perlukan jeneral bhg tengah kerana bhg tengah kite kelihatan lopong bile diserang @ menyerang..aku rindukan xabi Alonso...krn dia lah permainan Liverpool dlu sentiasa berjln lancar.. gerard sudah semakin dimamah usia..mungkin dgn kembali nya suarez mungkin antibiotic kpd skuad..kerana suarez pd aku mmg special..dia pndi buat gol,bikin gol,wat kontroversi,budak nakal..sejak 2 tahun lpas,aku tgk cume dia yg btol2 world class dlm skuad kita..pape pon,semoga Liverpool trus beroleh kemenangan dan layak ke top 4 season ni..doa ku sentiasa bersama mu since 1990..
ReplyDeleteikhlas=jfkberger
kualiti pemain seperti lucas seharusnya menguatkan tengah liverpool.. mengurangkan asakan keatas pertahanan.. seterusnya membantu membawa bola ke tengah. dari sini bermula karakter winger untuk membantu menghuru-harakan bahagian tengah dan pertahanan.. mungkin betul lucas bukanlah xabi alonso.. Liverpool pula dah sebijik macam drama Indonesia. Menang guna keajaiban pari2, tengah2 sedap up tiba2 ibu tiri dari tah mana datang dok rampas peluang naiki takhta. pastu bermula episod malang sampai la pari2 datang balik. Tepat pula kene masa tu..he is Suarez!
ReplyDeleteAmek balik benitez...die power taktical..tgk napoli skrg pny la power..
ReplyDeletePanas je ak tengok game nih.
ReplyDelete1-Coutinho xder, ade ke x masukkan playmaker yg lain mcm Alberto utk linkkan midfield ngn serangan. Masukkan Aspas buat ape. Langsung link tue xder so mcm mana la nk hasilkan gol.
2- 4 center back? Ape ke jadah nyer.Tau la Kolo/Sakho pernah main fullback. Tapi nie game yg patut menang, bukan game nk testing taktik mcm Rajagobal.
3- Mignolet ak tengok nk main mcm Reina tapi sebelah kaki je hidup. Bila pass kat kaki kiri, terkial-kial nk sepak. Tahap shot stopping memang dah power dh.
4- Bak kata sorang pundit bekas player LFC, pemain kita kecik2 je yg dibeli, bila main bola tinggi..hancur berkecai nk dapatkan balik ball possession. Tue yg game ni kelam kabut sebab bnyk gak diorang main bola tinggi walaupun utk short pass...memang player LFC xleh nk compete.
5- Rodgers nie xbuat research ke masa transfer. Kalo Coutinho injured, patutnya ade bekap playmaker yg lebih kurang mantap mcm Coutinho utk ganti tempat beliau. Suso, Teixeira plak diloankan.
p/s : Marah aku tengok game nih. Dah la main kt Anfield. Awal2 season lagi dah kene tebuk.
-pokdin-