Penampilan Moses memberikan impak positif kepada pasukan. Gol beliau amat menarik dan beliau membuatkan bek kanan Swansea tak senang duduk sepanjang perlawanan. Dengan gaya permainan lincah dan pantas, dia amat cocok bergandingan dengan Enrique. Manakala lain pula dengan Sakho, saya lihat beliau dalam kategori OK, nak kata bagus sangat pun tidak, nak kata hancur jauh sekali. Sakho agak gopoh dan suka meluru dan terjun untuk melakukan terjahan. Tapi dengan kehebatan diudara yang ditunjukan beliau,aspek itu bakal membuatkan Sakho tiada masalah menyesuaikan diri di Liga Inggeris
Kecederaan Coutinho tak diketahui sejauh mana teruknya. Nampak gaya macam kecederaan bahu. Kalau terseliuh mungkin tak lama cuti sakitnya. Tapi kalau bahu patah selalunya berbulan-bulan baru nak sembuh. Salah satu faktor yang membuatkan pasukan kita mandul diseparuh kedua disebabkan ketiadaan Countiho dan pengganti beliau Aspas nampak tak memberikan impak dan peranan sebagai penggerak serangan. Ketiadaan Coutinho pasti memberikan masalah untuk Liverpool sementara menunggu Suarez kemabli dari penggantungan.
Kebolosan Liverpool bukan salah Skrtel atau Sakho sepenuhnya tetapi corak permainan yang teramat bertahan dan membuka peluang bagi lawan mencuba nasib mencari gol penyamaan. Dengan Man U mungkin taktik itu berhasil, tetapi kali ini nasib berbeza kerana lawan mempunyai taktikal mantap dan pemain yang lebih kreatif. Silapnya mungkin tak ketara kerana unit pertahanan kita bekerja keras sampaikan Skrtel hampir cedera menyelamatkan gawang dari dibolosi oleh Bony.
Tak kisahlah sekadar pulang dengan 1 mata namun pasukan kita masih belum tewas dan mendaului carta Liga. Sturridge masih menjadi pemangsa yang hebat depan gol dan penampilan terbaik untuk Moses dan Sakho. Lagi satu kembalinya Toure pasti menghangatkan pemilihan untuk calon bek tengah nanti. Tetapi dalam pada itu kecederaan menimpa Coutinho buat kita pecah peluh kerana Aspas masih hampas dan Brendan mungkin terpaksa merombak formasi atau apa saja bagi membolehkan ketiadaan Cotuinho tak menjadi masalah bagi kita dalam perlawanan mendatang.
Dari apa yang saya lihat.. gol kedua nampak salah Sakho... kerana melulu keluar.. saya pelik kenapa Boss tak letak Toure di tengah bergandingan dengan skrtel... Sakho suka melulu keluar tanpa melihat situasi...
ReplyDeleteTeman cukup hairan dengan pemain kita yg mudah sangat untuk mendapat MC. Mungkin agak awal untuk menyatakan Sturridge adalah calon untuk Anugerah Kasut Emas. Kadang-kala kita memerlukan keputusan yang agak hambar untuk bangkit dengan lebih berhati-hati, semangat dan berani lagi. : YNWA!
ReplyDeletemasa jual Shelvey dulu pon aku berbelah bagi nak gembira ker tak...sekarang aku pon berbelah bagi nak puji ker nak maki, nak carut fuck you ker nak ucap thank you...hermmmm
ReplyDeleteapa pon seri ok...ni EPL mana ada yang predictable
Yg penting LFC masih di atas mendahului liga...yeahh come on YNWA..
ReplyDelete