Saya mengenali Liverpool di era Spice Boy. Zaman tranformasi Souness kepada Evans. Zaman gelap kepada zaman kebangkitan. Zaman Barnes dan Rush sudah mau pencen dan Fowler serta McManaman masih hingusan. Jadi banyak cerita tentang Liverpool masa saya remaja pertengahan 90an saya ulas dalam blog ini. Namun tak semuanya tersurat macam zaman sekarang, era Facebook, Twitter dan Instagram, kerana ianya terbatas dan menjadi rahsia kecuali ada lejen yang membuat buku bibliografi yang membuka rahsia dan cerita yang mereka pendamkan sekian lama.
Saya bukan nak tulis spesifik pasal Roy Evans, kerana tiada yang berminat dengan beliau sebab beliau cuma menang Piala Mickey Mouse berbanding Houller atau Rafa Benitez yang membawa Liverpool nampak sebegitu gah. Tapi saya terkejut dengan pengakuan ikhlas beliau semalam yang Liverpool zaman beliau pernah cuba membeli pemain hebat tapi atas perkara yang rumit ianya tidak kesampaian. Paling saya terkejut ialah Evans hampir dapat lejen Argentina Gabriel "batigol" Batistuta, ketika Batistuta berada di Fiorentina lagi. Beliau hendak menggandingkan Fowler dengan Batistuta, setelah melepaskan Stan Collymore ke Aston Villa.
Banyak faktor yang menyebabkan ketidak sampaian itu. Nak kata tiada duit, hasil penjualan Collymore ke Villa hampir 7juta pound. Mungkin pemilik taknak tambah dana sendiri kerana Liverpool ketika itu baru merangkak dan taknak melabur gila-gila untuk seorang pemain. Lagipun sebut harga Fiorentina sangat tinggi, tapi AS Roma saja mampu melabur sebegitu tinggi tak silap dalam sekitar 25juta pound. Tapi tak lama selepas era Roy Evans, barulah ramai buka mata dengan kehebatan Batistuta yang berjaya memenangi Scudetto Serie A, bersama AS Roma.
Alasan lain yang menyebabkan pemilik enggan beli Batistuta kerana Liverpool telah mempunyai calon dari akademi yang ditakdirkan menjadi lejen. Michael Owen sedang mencipta nama dan sedang meletop ketika itu. Tambahan pula di Piala Dunia 1998, Owen mejadi perhatian dunia, menibai pasukan Argentina dengan kelibat lipas kudung beliau. Sememangnya Liverpool tak ada pilihan kerana Fowler masih anak emas dan masih ada Rush dan Riedle untuk menajdi penyerang gantian.
Bayangkan kalau perpindahan Batistuta itu terjadi pada masa itu, mesti meletop Liga Inggeris dan muka Ferguson akan lebih merah padam, kerana dia juga menaruh hati dengan Batigol. Saya bukan cakap besar kerana pada masa itu Liverpool dalam kelompok elitis, paling corot pun dalam posisi ke-4. Spurs dan Chelsea berjarak dibelakang kita apatah lagi Man City yang bertarung dalam kumpulan penyingkiran. Hanya satu benda yang belum melengkapkan Liverpool ketika itu yakni tiada penyerang bertaraf dunia untuk melonjakkan pasukan sama taraf dengan Man U.
zaman roy evans liverpool masih lagi pencabar terkuat man u cuma masa tu liverpool susah nak menang cup buat peminat2 era baru liverpool ni fikir zaman roy evans dulu liverpool merudum, tp situasi liverpool masa era roy evans dulu ibarat situasi arsenal pada hari ini.pencabar liga tapi susah nak menang piala
ReplyDeleteZaman tu polisi beli pemain British byk miss dari hits.
ReplyDeleteScales, Ruddock, Babbs, Collymore, Dicks, Hutchison, Clough & ramai lagi.. rata-rata yang naik pemain tempatan macam Fowler, Macca, Rob Jones ... pemain luar macam Riedle,Berger,Kvarme, Bjorneybe.. sekadar OK je
isu penyerang dan peledak gol masih menghantui liverpool sehingga kini. Mengharap kekebalan pertahanan dan goli umpama cuma menempah tempat ke-3 dan ke-4 biarpun kita boleh terus memenangi liga. Realiti dan bukan fantasi..
ReplyDelete