Dua kali tewas kepada lawan EPL Southampton dan Man U, adalah dari sepakan penjuru. Dalam keadaan kelamkabut siapa nak jaga siapa, gol Cicakrito terhasil kerana Enrique tidak mengejar penyerang Man U itu ketika bola sampai kedepan kakinya. Anggapan saya juga Enrique ingat Kapten Gerrard berjaya menanduk keluar bola dari penjuru tapi terkantoi kerana salah bajet.
Permainan dah cantik dan teratur, dan kita main dengan hampir barisan terkuat, walaupun tanpa Johnson, Coutinho dan Agger. Nak kata tak bernasib baik mungkin itu isu lapuk tapi Suarez, Henderson dan Moses masing-masing ada peluang untuk jaringkan gol. Man U patut berterima kasih kepada goli mereka De Gea kerana tak kerana beliua mungkin pasukan kita boleh lanyak Man U.
Suarez nampak berkarat kerana banyak kali gerakan dan hantaran cantik rakan dia tak mampu lalukan seperti Suarez yang kita lihat musim lepas. Apa yang saya perhatikan Gerarrd dan Sturridge nampak begitu kepenatan dan ini menjejaskan permianan mereka. Mungkin Brendan taida pilihan kerana tiada bekap yang ideal serta boleh diharapkan. Nasib baiklah kita tak terbabit dengan perlawanan di Eropah, kalau tak risiko kecederaan mungkin menanti.
Keputusan tak menggambarkan prestasi kita keseluruhannya. Namun ada sedikit kebimbangan yang mana pasukan kena perbaiki kebolosan dari sepakan penjuru. Masalah rantaian antara penyerang dan pemain tengah amat terasa dengan ketiadaan Coutinho. Lagi satu dalam keadaan kita mengasak dikubu lawan gerakan terakhir dan penyudah amat tumpul mungkin terlalu mengharapkan Sturridge dan sekarang Suarez.. Harap perkara ini diperbaiki untuk perlawanan akan datang
No comments:
Post a Comment