Kredit to |
Pasukan kita mungkin kena rehatkan Kapitan Gerrard dalam perlawanan ini. Masa lawan Southampton dia dah nampak semput dan kehabisan oksigen. Tenaga dia dah tak macam dulu dan walaupun betapa pentingnya perlawanan dengan Man U nanti jangan ambil risiko demi untuk kelangsungan masadepan. Henderson kan ada, apa masalahnya cuba letak pemain yang mempunyai tenaga luar biasa ini bergandingan dengan Lucas atau Allen. Kalau Brendan mahu berujikaji dia boleh gunakan Toure atau Sakho main sebagai pemain tengah bertahan atau Libero ala Jerman.
Barangkali jika betul apa yang saya dengar Tiago Llori akan bersama pasukan untuk penampilan sulung. Dia mungkin main bek kanan kerana pilihan untuk bek tengah dah terlampau ramai. Dan juga Luis Alberto bakal diberi peluang untuk main diposisi tengah menyerang, sama ketika lawan Southampton. Sterling atau Ibe akan main di sayap kanan atau kiri untuk bermain corak serangan balas adalah pilihan selamat. Sturridge juga perlu masa rehat dan Suarez akan menjadi tonggak utama nanti.
Menang atau kalah bagi saya bukan satu yang perlu dirisaukan. Brendan boleh gunakan pentas di Old Trafford sebagai medan ujian serta mengetenghakan pemain muda dan baru untuk melihat kebolehan mereka. Man U yang bungkus kepada Man City mungkin cuba sedaya upaya membalas dendam. Jadi itulah yang bakal membuatkan siapa yang tak tengok perlawanan itu nanti akan kerugian kerana Saurez akan kembali dan pemain Man U akan cuba cari pasal lagi dengan beliau. Nantikan apa insiden dan drama yang bakal berlaku di Old Trafford nanti.
Setuju dengan admin. Tekanan di pihak Man U kerana mereka tidak rela diaibkan dua kali berturut-turut ditangan Liverpool selaku musuh paling dibenci mereka. Saya mengandaikan Allen bergandingan dengan Henderson ditengah. Sterling sayap kiri dan Moses boleh bermain di kanan. Pertahanan Seharusnya meletakkan Wisdom, Toure, Sakho, Enrique. Serangan tentunya Suarez dan Sturridge.
ReplyDeleteMan Utd 1-2 Liverpool
Kelebihan banyak pada Mu..
ReplyDeletemain kt tmpt dia..
roonie ada,RVP,Fellani...
menang pn,tipis jek kot..
sbb diorg dalam misi membalas dendam..
vote for
Liv 2-MenYU 1
-shah_2134-
Liv 1- man 0
ReplyDeleteZam
aku nie dah ketinggalan blog nie lama sangat agak nya.nak tanya sikitlah admin,teka keputusan liverpool nie termasuk teka untuk piala mickey mouse ke?
ReplyDeletexder dlm peraturan... tekaan utk syok2 jer kot
DeleteSaya rasa dengan keadaan liverpool sekarang mungkin Liverpool Kalah. man utd 2-0 Liverpool
ReplyDeleteLiv 1-0 mu
ReplyDeletealeym
liverpool 3 - 0 man u
ReplyDeletesuarez hatrick