Rekod sejak 1994 belum lagi Liverpool mencapai rekod sebegini dengan 3 kemenangan, 3 gol dan 3 tanpa bolos dan dijaringkan oleh pemain yang sama. Dan paling membanggakan penjaring gol itu punya hari jadi pada hari hari ini. Tok fergie pernah komen yang pembelian Sturridge buang duit. Buang duit? Hahaha, apalagi yang Sturridge tak sumbat gol, Luar kotak, Gol tarian gelek dan tandukan ,cuma tinggal lagi nak bubuh gol dengan tangan saja belum. Memang ada risiko kecederaan, tapi kalau sihat walafiat dia memang Teroris depan gol.
Sebelum perlawanan Moyes dengan yakin cakap dengan wartawan, dengan pasukan sedia ada yang lebih bagus katanya dari Everton, Badi sengal beliau takkan hilang di Anfield. Si golem ini sebenanranya patut mandi bunga atau lupa Ferguson pesanan untuk rasuah pengadil sebelum perlawanan. Mereka tewas bukan kerana Liverpool main cantik tapi mereka datang ke Anfield dengan takbur, bilamana semuanya serba tak menjadi kepada RVP dan ramai yang tak nampak beliau sepanjang perlawanan rupa-rupanya dalam kocek seluar Agger dan sekejap masuk dalam kocek Skrtel pula.
Cerita tentang bek kita. Walaupun ketiadaan Toure yang mencemaskan, pemain sedia-ada nampak sudah bangun dari tidur terutamanya Skrtel. Inilah dikatakan ada hikmah disebalik bala yang tertimpa Toure. Lagi satu Skrtel mungkin dok kelih tengok dibangku penonton ada kelibat Sakho dan Llori yang membuatkan beliau bekerja lebih kelras dan tidak menggular lagi. Skrtel telah menyelamatkan Liverpool malam ini dan mungkin kerjaya beliau di Anfield musim ini. .Johnson cedera takda hal, Wisdom dan Kelly . Kalau tak cukup lagi Sterling pun boleh main apa macam lawan Nott County.
Umumnya pasukan kita main penuh disiplin terutamanya bahagian tengah. Tak perlu ramai-ramai pemain kreatif, Coutinho seorang pun dah cukup. Willian dan Eriksen memang sengaja Brendan rejek sebab nanti merajuk pula tak boleh main sebab asyik-asyik Coutinho saja yang main. Memanglah tugasan penyerang sumbat gol, tapi pemain tengah adalah kunci utama untuk memastikan pergerakan bola lancar dan lawan tak mampu kuasai permaianan. Dalam kes Man U, mereka kuasai permaiann tapi cuma berusaha dari bahagian sayap sampai nak mengantuk tengok asyik-asyik hantaran lintang pukang yang dapat dibaca bek kita.
Pemain terbaik telah diketahui Sturidge. Itu sedia maklum. Tapi saya tak faham bagaimana Henderson main dari minit pertama sampai wisel penamat tanpa letih. Mungkin semasa Kuyt tinggalkan Anfield dia tinggalkan hantu-raya beliau kat Henderson kot. Saya nampak Liverpool tak main dengan formasi statik tapi rojak dengan 4-2-2-2. Sebab itulah Henderson dengan coraknya yang lasak dan Coutinho dengan kelicikannya. Kedatangan Victor Moses nanti mungkin menggantikan Borini yang bakal dipinjamkan ke Sunderland, namun dengan pemainan Aspas yang masih hampas saya harap tiada kecederaan sehinggalah Suarez bebas dari tahanan.
Klaseman di persada Liga, belum boleh membuatkan Liverpool untuk jadi bongkak dan takabur. Ranjau sukar pertama sudah lepas banyak lagi ranjau yang perlbagai yang belum diketahui untuk masa kedepan. 6 perlawanan mendatang nanti bagi saya tak sukar atas kertas namun, itulah yang ditakuti ialah sifat ujub bila berada diatas. Liverpool kena bermain macam biasa, biar main hodoh tapi keputusan gempak. Tak kiralah di Anfield atau stadium lawan , mentaliti yang ditunjukkan dalam 3 perlawanan mesti diekalkan. Mentaliti pemenang bak kata Brendan dalam sidang media sejurus perlawanan.
Teman cukup suka melihat gelagat penyokong Setan Merah di kedai mamak. Senyap, sunyi-sepi jadinya. Selalunya merekalah yang paling riuh. Walaupun menang hanya dengan satu gol menentang pasukan bawahan gelagatnya umpama dapat menumbangkan gergasi yang gagah berdiri. :YNWA!
ReplyDeleteP/s: tokeysiber terlalu seronok sampaikan bahasa pun agak lintang-pukang dan banyak terdapat kesilapan ejaan.
Aku tak teka eh game ni?... chais!! lain game aku janji aku teka 1-0 ...mestinyer!!
ReplyDeleteni ler jadinya bila setan tak dibantu pengadil... Dan inilah jadinya bila pengadil tak bias dengan Liverpool...
Dah tiga game aku tak pernah menyumpah pengadil...
aman jer rasanya... minggu ni opis mesti sedikit sunyi dan moody, betul tak hahahahaha!
arini budak mu semua mc...
ReplyDeleteha,ha,ha....camne la bole tak gol...
ReplyDelete-shah_2134-
admin,bila suarez bole main?
ReplyDeletersanye dia tercabar tgk sturidge dh score bnyak ni..
-shah_2134-
bile sebenarnya admin keluarkan comment sebelum sesuatu perlawanan?bukan ape,aku keje sampai hari jumaat je.comment keluar hari sabtu.tak dapat nak teka gol.dah dua game aku terlepas nie.admin dah janji nak bagi ipad tahun nie.hahaha...
ReplyDeleteok awang ko punya pasal aku update jumaat petang... nk bagi ipad tak janji tapi sebab aku disponsor oleh Nuffnang je. Kalau Standert Charterd taja kepala gajah pon aku kasi..
DeleteBtol tu btol...salu sangat geng budak macam unta kutuk kta ari nie bru tau malu...
ReplyDeleteAleym