Saya rasa Liverpool telah berjaya menguruskan pembelian dengan begitu tenang dan tidak kelamkabut macam musim sebelum-sebelum ini, Apa yang penting Liverpool menguatkan bahagian yang kita sedia maklum amat lemah iaitu pertahanan dan goli serta menjual dan meminjam keluar pemain yang kurang menyerlah.
Dengan pembelian keseluruhan £44.8juta dapat balik £28.25juta dari penjualan pemain, Liverpool hanya berbelanja sekitar £16.5juta. Kenapa sikit sangat belanja jangan hairan kerana kita perlu naik merangkak perlahan-lahan biar sampai ke puncak kejayaan dari berlari kencang takut jatuh tersadung ditengah jalan.
Sebelum pintu perpindahanan tamat pun, pasukan kita macam dah sempurna dengan pembelian Mignolet dan Toure kerana mereka boleh dikira cukup berpengalaman dan menambahbaikkan lubuk yang menjadi punca kelemahan kita musim lepas. Kemasukan Aspas,Alberto dan Cisskho adalah sebagai pemain skuad tetapi kemasukan saat akhir Sakho dan Moses menampak mereka berdua bakal mengambil alih posisi utama.
Apa yang penting Liverpool berjaya mengekalkan Suarez dari dikebas Real Madrid yang cuba membuat siyal disaat akhir. Saya tak pasti sampai bila Suarez bakal bertahan di Anfield tapi untuk 6 bulan lagi itu cerita lain. Walaupun kita melepas untuk beli Mkhitaryan, Willian dan Eriksen dan Mata disaat akhir, namun dengan pencapaian kita sekarang dan pembelian munasabah diharap sasaran untuk ke Liga Juara-Juara tercapai.
Jika Liverpool layak ke Liga Juara-Juara, teman yakin Suarez akan kekal di Anfield. Bukankah itu alasan untuk perpindahannya? :YNWA!
ReplyDeleteOk nak cakap kuat..tak sgt...tapi yang paling penting dah agak stabil, dan player yang masuk pon ada mentaliti juara mcm gerrad dan suarez jugak...bukan lagi mentaliti asal boleh mcm downing lagi...
ReplyDeletetingal lagi sedikit faktor luaran mcm pengadil yg biasanya hampeh dan sedikit Tuah,
overall aku rasa kita boleh mencabar kedudukan ke 4 liga
harap mignolet kekalkan prestasi.... YNWA
ReplyDelete