Telah disahkan Bek Kanan utama, Glen Johnson akan berehat 10 minggu atau bersamaan 2 bulan 1/2. Dalam kira-kira saya beliau bakal terlepas 5-6 perlawanan dan pulih sekitar Oktober nanti. Kehilangan beliau mungkin tak dirasai kerana pasukan kita mempunyai calon yang meningkat naik seperti Andre Wisdom, Martin Kelly, Jon Flanagan serta Tiago LLori yang baru dibeli tapi mampu bermian baik diposisi kanan. Itu dari segi kuantiti, namun dari kualiti pemain muda ini mungkin tidak setanding dengan Johnson, tapi siapa tahu, ini adalah peluang bagi bek muda kita mengambil alih kesebelsan utama dari Johnson, jika ada rezeki atas kesungguhan mereka.
Sekarang cakap kena berfakta. Saya cedok statistik dari EPLindex untuk mengetengahkan dua calon terbaik untuk posisi Bek Kanan itu. Mengikut umur dan senioriti dalam pasukan Kelly telah tampil dalam pasukan utama sejak zaman Rafa Benitez dan saya anggap Kelly bakal jadi macam Carragher. Bermula sebagai bek kanan dan bersara sebagai bek tengah utama. Walaupun potensi beliau besar, masalh kecederaan halangan terbesar sepanjang karier beliau untuk menjadi timbalan kepada Johnson. Kekuatan fizikal disamping pandai membaca gerakan lawan adalah kunci kekuatan beliau, namun beliau hanya mampu menjadi bek kanan ortodok yang hanya mantap bertahan tapi terbatas dalam serangan.
Nama Wisdom tiba-tiba meletop sejak Brendan menggantikan Kenny. Walaupun dibeli oleh Rafa, pernah jadi simpanan ketika era Hodgson namun tidak dipandang oleh Kenny walaupun ada masanya terpaksa beri Carragher dan Henderson main, ketika Johnson dan Kelly dalam rawatan. Brendan pun nak macam Wenger, sangat suka mnegetengahkan pemain muda dari beli epmain luar. Jadi nasib telah berubah kerana buat masa kini Wisdom nampaknya telah menjadi calon alternatif bek tengah dan kanan. Kunci kekuatan dan potensi Wisdom menonjol kerana dismaping fizikal yang mantap beliau mempunyai kebolehan memegang bola dan mampu membantu serangan seiras macam Johnson.
Saya bukan pandai ramai nasib orang, cuma melalui pemerhatian setakat ini, Wisdom calon cocok untuk menggantikan Johnson di posisi bek kanan. Malah ketika lawan Man U, selamba badak saja dia main tanpa perasaan gugup. Memang Wisdom ada kelemahan juga kerana dengan usia muda dan kurang pengalaman, dia ada terkantoi dengan lawan yang menggunakan kekuatan fizikal. Ini keranan kurang dari aspek membuat keputusan dalam keadaan genting. Namun itu semua bakal menjadi pengajaran dan Wisdom jenis pemain yang cepat belajar sesuatu dari perlawanan lampau. Dengan kemasukan Tiago Llori saya tak pasti siapa yang bakal Brendan ketengahkan kerana dialah bakal membuat pilihan.
dh tentulah mahalli jasuli liverpool kalu bukan sapel g..encik wisdom..aku lebih suka tgk die main bek kanan dr kelly..kelly patut dok cb jer..
ReplyDeleteKelly lagi berpengalaman. Crossing dia pun terbaik. Tapi rasanya dia belum fit lagi. Maybe boleh rotate ngan Wisdom. Wisdom ni kalau main kejap ok. Kalau lama2 kekadang hilang fokus.
ReplyDeletewisdom selalu buat silap yang berbahaya, kelly kurang buat silap tapi gaya permainan yang kaku, aku rasa antara dua, BR akan pilih Wisdom
ReplyDeletelagi pon wisdom dalam mode permainan, sedangkan kelly baru mood warm up...
tapi apa pon aku harap Liverpool tak sia siakan bakat Kelly...
Cissokho pon boleh cuba ltak jd bek kanan,blom cuba blom tau...hehe
ReplyDeleteCissokho kaki kiri tak mask senarai
ReplyDelete